Pejam celik.. pejam celik... dah 26 Ramadhan... Lagi 3 hari Syawal menjelma... Rasa sedih la pulak... now i admit, yang paling gembira menyambut Syawal tentulah budak2... Sebabnya, aku sendiri dah tak rasa beria sangat nak beraya... ala kadar je... umur dah 'remaja veteran' ni, kemanisan Ramadhan lebih terasa...
Whatever it is, Ramadhan 2012 ni menyaksikan pelbagai nostalgia... After 4 years berkahwin, this is the year semua adik-beradik datang IFTAR di rumah... memang exited... siap amik cuti untuk wat the preparation... and suddenly, a day after that PIL's family lak datang IFTAR... Walaupun kurang sorg, still exited... IFTAR dengan family pun sangat kerap.. tak balik Sebertak, we gather at temerloh... Memang best la... Macam balas dendam 6 tahun di perantauan... And esok, dah start cuti raya... dalam kegembiraan, ada jugak sedikit sedih, adik ipar aku (Sepul) akan memulakan khidmat sebagai Marine Engineer pada 18 Ogos ni... Naik kapal kat Panama City... So, esok dia dah start journey KLIA>Singapore>Amsterdam>Panama City... Just exactly before Aidil Fitri... Hmmmm..... Kurang sikit kemeriahan raya di rumah PIL bila dia takde... dahlah... sebak lak rasa....
Wednesday, August 15, 2012
Saturday, April 7, 2012
Aku kini di Kolej Komuniti Paya Besar
Hari nak genap 37 hari aku meninggalkan bumi Perlis and bertugas di KK Paya Besar. Alhamdulillah... dapat balik Pahang... dekat sikit nak balik kampung jengah family... Kalau tengok kat atas tu, logo tetap sama... ayat baris kedua je berubah... so, perkhidmatan macam biasa... cuma lokasi yang berbeza... orang kata masuk kandang kambing mengembek... masuk kandang harimau mengaum... hmmm... kalau masuk reban puyuh?? macam mana?? Hehehe....
Thursday, January 19, 2012
PANTUN MELAYU
Pantun-pantun ini aku cipta sempena Pertandingan Berbalas Pantun Antara Jabatan Kerajaan Peringkat Negeri Perlis Tahun 2012 yang dianjurkan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negera, Perlis pada 19 Januari 2012. Disebabkan tewas di peringkat suku akhir dengan Jabatan Pelajaran Negeri Perlis (main kalah mati), so banyaklah pantun-pantun yang tak terjual. Hanya tema Seni Budaya je yang digunakan. Sayang pulak dengan pantun-pantun ni so, aku share kat sini la eh...
TEMA SENI DAN BUDAYA
Berbunga si tanjung di tengah paya,
Burung undan hinggap di dahan,
Caklempong anklong seni budaya,
Diserap kemodenan mampukah bertahan?
Titisan embun dipinggir kolam,
Hinggap sang merbah di balik bayang,
Adat di adun budaya di sulam,
Mengapa maruah masih bergoyang?
Mudik ke tanjung berkolek sampan,
Tenang di laut hilang arahnya,
Budaya disanjung oleh nak watan,
Dikata kolot mana puncanya?
Terbang tekukur di pohon rumbia,
Berarak mega di timur laut,
Budaya timur diagung dunia,
Mengapa nak muda malu nak turut?
Langsat kuning masak mencelah,
Santapan sang rusa di Inderapura,
Songket dan samping tenunan indah,
Warisan bangsa mampukah terpelihara?
Melati menghilir tepian selasih,
Mawar berduri sepi di laman,
Mana terpinggir tepak dan sireh,
Sekadar penyeri dulang hantaran?
Bintang berkelip berteman bayu,
Jiwa terpahat hati terpikat,
Apalah nasib kebaya Melayu,
Sedahlah singkat semakin sendat?
TEMA 1MALAYSIA DAN TRANSFORMASI
Padi huma di Sungai Besi,
Menghilang penat di perdu rotan,
1Malaysia menjana transformasi,
Sebagai rakyat apakah peranan?
Indah cahaya di Inderapura,
Dihias batik paduka tuan,
Transformasi berjaya rakyat sejahtera,
Tertanamkah patriotik terbelakah warisan?
Gemersik suara berlagu puisi,
Indah dipahat membelah ombak,
Kukuhkah negara menjana transformasi,
Andai rakyat bersatu tidak?
Bunga siantan dijual di pekan,
Sungguh mahalnya si bunga melati,
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan,
Apakah usaha jadikan realiti?
Pedihnya luka racun berbisa,
Akar dibaja suburlah pokok,
1Malaysia perpaduan bangsa,
Jiwa remaja bagaimana dipupuk?
Burung tempua hinggap di dahan,
Sang merbah pula mengelak jerat,
1Malaysia perlu dipertahan,
Dijajah semula berbaloikah rakyat?
TEMA BERBUDI BAHASA
Bersampan besar mudik ke tanjung,
Mendayung perahu menuju tioman,
Berkongsi pagar, jalan dan bumbung,
Selisih bahu manakah senyuman?
Manis rasanya si buah nenas,
Manis lagi si buah kuinin,
Hilangkah bahasa kerana emas?
Rapuhkah budi kerana miskin?
Gagah perkasa paduka tuan,
Mendaki bukit di tanah padang,
Budi bahasa jadi taruhan,
Mengapa ringgit dipandang orang?
TEMA BUDAYA MEMBACA
Di sana kuda di sini buaya,
Berdiri kaku anak sang sapi,
Ilmu berganda di alam maya,
Wajarkah buku dipandang sepi?
Perayu didayung ke Langkasuka,
Membawa rotan dijual dipasar,
Kunci gedung sentiasa terbuka,
Malang nak watan tak mahu belajar?
Ke teluk sudah ke kuala pun sudah,
Hilang arahnya dayungan perahu,
Baca sudah khatam pun sudah,
Mengapa ditanya mengeleng tak tahu?
So, inilah koleksinya...
TEMA SENI DAN BUDAYA
Berbunga si tanjung di tengah paya,
Burung undan hinggap di dahan,
Caklempong anklong seni budaya,
Diserap kemodenan mampukah bertahan?
Titisan embun dipinggir kolam,
Hinggap sang merbah di balik bayang,
Adat di adun budaya di sulam,
Mengapa maruah masih bergoyang?
Mudik ke tanjung berkolek sampan,
Tenang di laut hilang arahnya,
Budaya disanjung oleh nak watan,
Dikata kolot mana puncanya?
Terbang tekukur di pohon rumbia,
Berarak mega di timur laut,
Budaya timur diagung dunia,
Mengapa nak muda malu nak turut?
Langsat kuning masak mencelah,
Santapan sang rusa di Inderapura,
Songket dan samping tenunan indah,
Warisan bangsa mampukah terpelihara?
Melati menghilir tepian selasih,
Mawar berduri sepi di laman,
Mana terpinggir tepak dan sireh,
Sekadar penyeri dulang hantaran?
Bintang berkelip berteman bayu,
Jiwa terpahat hati terpikat,
Apalah nasib kebaya Melayu,
Sedahlah singkat semakin sendat?
TEMA 1MALAYSIA DAN TRANSFORMASI
Padi huma di Sungai Besi,
Menghilang penat di perdu rotan,
1Malaysia menjana transformasi,
Sebagai rakyat apakah peranan?
Indah cahaya di Inderapura,
Dihias batik paduka tuan,
Transformasi berjaya rakyat sejahtera,
Tertanamkah patriotik terbelakah warisan?
Gemersik suara berlagu puisi,
Indah dipahat membelah ombak,
Kukuhkah negara menjana transformasi,
Andai rakyat bersatu tidak?
Bunga siantan dijual di pekan,
Sungguh mahalnya si bunga melati,
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan,
Apakah usaha jadikan realiti?
Pedihnya luka racun berbisa,
Akar dibaja suburlah pokok,
1Malaysia perpaduan bangsa,
Jiwa remaja bagaimana dipupuk?
Burung tempua hinggap di dahan,
Sang merbah pula mengelak jerat,
1Malaysia perlu dipertahan,
Dijajah semula berbaloikah rakyat?
TEMA BERBUDI BAHASA
Bersampan besar mudik ke tanjung,
Mendayung perahu menuju tioman,
Berkongsi pagar, jalan dan bumbung,
Selisih bahu manakah senyuman?
Manis rasanya si buah nenas,
Manis lagi si buah kuinin,
Hilangkah bahasa kerana emas?
Rapuhkah budi kerana miskin?
Gagah perkasa paduka tuan,
Mendaki bukit di tanah padang,
Budi bahasa jadi taruhan,
Mengapa ringgit dipandang orang?
TEMA BUDAYA MEMBACA
Di sana kuda di sini buaya,
Berdiri kaku anak sang sapi,
Ilmu berganda di alam maya,
Wajarkah buku dipandang sepi?
Perayu didayung ke Langkasuka,
Membawa rotan dijual dipasar,
Kunci gedung sentiasa terbuka,
Malang nak watan tak mahu belajar?
Ke teluk sudah ke kuala pun sudah,
Hilang arahnya dayungan perahu,
Baca sudah khatam pun sudah,
Mengapa ditanya mengeleng tak tahu?
So, inilah koleksinya...
Kenapa aku update blog aku?
Hmm... hari nih, aku bukak blog nih... nak tau sebab apa? Sebab ada sorang minah a.k.a. junior aku kat MRSM mengata blog aku nih... so, aku update la... dahlah sibok menggangu aku di saat aku sedang sibuk berbalas pantun... hehehehe... dah kalah.. dialh punya pasal ni... hahahaha...
Lama kutinggalkan...
Hmmm... lama tak menjengok blog ni... tak sempat ke? memetik kata-kata penceramah yang aku attend semalam: "Ada satu perkara yang dimiliki SAMA sahaja bg setiap manusia tanpa mengira pangkat dan darjat iaitu MASA... semua org diberi 24 jam sehari.." Malu nak kata sibuk... Anyway, azam tahun baruku, blog ini akan kuaktifkan... InsyaAllah.... Eh, lupa... SELAMAT TAHUN BARU 2012 semua!!!
Friday, December 2, 2011
Kursus Perniagaan Internet
Lama tak jengok blog aku ni.. Hari ni, buka jugak sebab ada kursus Perniagaan Internet. So, mengajar blog lagi. Seronok!
Saturday, March 12, 2011
SIBUK vs TIDAK CEKAP MENGURUS MASA
Salam 1Malaysia... lama tak menulis... tak sempat kot... hmmm.. atau tak pandai cari masa... ke tak pandai atur masa... aku selalu fikir benda tuh... aku nih sibuk sangat ke?? ke aku yang tak pandai nak susun jadual hidup... terlalu fokus dengan kerja.. sampai hal diri dan peribadi dilupakan.. ada kawan aku kata aku gila keje... heheh.. gila keje... ok la lagi.. jangan keje sampai gila, sudah... hmmm... betul ke aku gila keje?? tak tau la.. tapi, di saat ni, hari sabtu bersamaa 12 mac 2011, aku di opis..dr kul 9.30 pagi tadi samp sekarang... 5:16 ptg..
Tgh hari td stop kejap pegi kenduri kahwin sahabat sepejabat Sherry and Nik... Tahniah!! Sweet je the couple.. tema hitam+merah... my fav colour tuh... Majlis pun meriah.. ada 8 jenis air untuk tetamu... minum samp tak larat... best!! lauk pun best!! credit to tukang masak... bebudak kolej pun ramai.. jadi jururewang.. (betul ke perkataan aku tuh..) heheh... woopss... terlibih suda.. td citer lain...
oklah, sbnrnya nak pegi tgk bola nih.. Liga IPT dah mula.. petang nih KKAP vs UiTM Arau.. Main kat padang Matrikulasi... Good Luck guys... bukan takat yg main je ketaq... pengurusan pun ketaq lebih... maklumlah... first game... hope dorg menang... tengah tunggu cik nab nih... janji nak g sama... ok, dah samp.. daaa...
Tgh hari td stop kejap pegi kenduri kahwin sahabat sepejabat Sherry and Nik... Tahniah!! Sweet je the couple.. tema hitam+merah... my fav colour tuh... Majlis pun meriah.. ada 8 jenis air untuk tetamu... minum samp tak larat... best!! lauk pun best!! credit to tukang masak... bebudak kolej pun ramai.. jadi jururewang.. (betul ke perkataan aku tuh..) heheh... woopss... terlibih suda.. td citer lain...
oklah, sbnrnya nak pegi tgk bola nih.. Liga IPT dah mula.. petang nih KKAP vs UiTM Arau.. Main kat padang Matrikulasi... Good Luck guys... bukan takat yg main je ketaq... pengurusan pun ketaq lebih... maklumlah... first game... hope dorg menang... tengah tunggu cik nab nih... janji nak g sama... ok, dah samp.. daaa...
Subscribe to:
Posts (Atom)
