Nuffnang Ads

Thursday, January 19, 2012

PANTUN MELAYU

Pantun-pantun ini aku cipta sempena Pertandingan Berbalas Pantun Antara Jabatan Kerajaan Peringkat Negeri Perlis Tahun 2012 yang dianjurkan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negera, Perlis pada 19 Januari 2012. Disebabkan tewas di peringkat suku akhir dengan Jabatan Pelajaran Negeri Perlis (main kalah mati), so banyaklah pantun-pantun yang tak terjual. Hanya tema Seni Budaya je yang digunakan. Sayang pulak dengan pantun-pantun ni so, aku share kat sini la eh...


TEMA SENI DAN BUDAYA


Berbunga si tanjung di tengah paya,
Burung undan hinggap di dahan,
Caklempong anklong seni budaya,
Diserap kemodenan mampukah bertahan?

Titisan embun dipinggir kolam,
Hinggap sang merbah di balik bayang,
Adat di adun budaya di sulam,
Mengapa maruah masih bergoyang?

Mudik ke tanjung berkolek sampan,
Tenang di laut hilang arahnya,
Budaya disanjung oleh nak watan,
Dikata kolot mana puncanya?

Terbang tekukur di pohon rumbia,
Berarak mega di timur laut,
Budaya timur diagung dunia,
Mengapa nak muda malu nak turut?

Langsat kuning masak mencelah,
Santapan sang rusa di Inderapura,
Songket dan samping tenunan indah,
Warisan bangsa mampukah terpelihara?

Melati menghilir tepian selasih,
Mawar berduri sepi di laman,
Mana terpinggir tepak dan sireh,
Sekadar penyeri dulang hantaran?

Bintang berkelip berteman bayu,
Jiwa terpahat hati terpikat,
Apalah nasib kebaya Melayu,
Sedahlah singkat semakin sendat?

TEMA 1MALAYSIA DAN TRANSFORMASI

Padi huma di Sungai Besi,
Menghilang penat di perdu rotan,
1Malaysia menjana transformasi,
Sebagai rakyat apakah peranan?

Indah cahaya di Inderapura,
Dihias batik paduka tuan,
Transformasi berjaya rakyat sejahtera,
Tertanamkah patriotik terbelakah warisan?

Gemersik suara berlagu puisi,
Indah dipahat membelah ombak,
Kukuhkah negara menjana transformasi,
Andai rakyat bersatu tidak?

Bunga siantan dijual di pekan,
Sungguh mahalnya si bunga melati,
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan,
Apakah usaha jadikan realiti?

Pedihnya luka racun berbisa,
Akar dibaja suburlah pokok,
1Malaysia perpaduan bangsa,
Jiwa remaja bagaimana dipupuk?

Burung tempua hinggap di dahan,
Sang merbah pula mengelak jerat,
1Malaysia perlu dipertahan,
Dijajah semula berbaloikah rakyat?

TEMA BERBUDI BAHASA
Bersampan besar mudik ke tanjung,
Mendayung perahu menuju tioman,
Berkongsi pagar, jalan dan bumbung,
Selisih bahu manakah senyuman?

Manis rasanya si buah nenas,
Manis lagi si buah kuinin,
Hilangkah bahasa kerana emas?
Rapuhkah budi kerana miskin?

Gagah perkasa paduka tuan,
Mendaki bukit di tanah padang,
Budi bahasa jadi taruhan,
Mengapa ringgit dipandang orang?

TEMA BUDAYA MEMBACA
Di sana kuda di sini buaya,
Berdiri kaku anak sang sapi,
Ilmu berganda di alam maya,
Wajarkah buku dipandang sepi?

Perayu didayung ke Langkasuka,
Membawa rotan dijual dipasar,
Kunci gedung sentiasa terbuka,
Malang nak watan tak mahu belajar?

Ke teluk sudah ke kuala pun sudah,
Hilang arahnya dayungan perahu,
Baca sudah khatam pun sudah,
Mengapa ditanya mengeleng tak tahu?

So, inilah koleksinya...

No comments:

Post a Comment